Muat turun Windows 8 Developer Preview

Muat turun Windows 8 Developer Preview

Microsoft telah mengeluarkan sistem operasi baharu, iaitu Windows 8 Developer Preview kepada umum sejak 3 bulan yang lepas. Sistem operasi ini masih di peringkat percubaan dan disediakan untuk pembangun perisian dan aplikasi.

Saudara boleh memuat turun Windows 8 Developer Preview sama ada dalam versi 32-bit atau 64-bit secara percuma.

Spesifikasi minimum untuk memasang Windows 8 Developer Preview adalah seperti yang berikut:

  • Pemproses Intel/AMD 1GHz atau lebih baik
  • RAM 1GB untuk 32-bit atau 2GB untuk 64-bit
  • Cakera keras masih mempunyai ruang storan sekurang-kurangnya 16GB (32-bit) atau 20GB (64-bit)
  • Grafik: DirectX 9 dengan WDDM 1.0 atau lebih baik 
  • Skrin yang menyokong fungsi sesentuh merupakan satu kelebihan.
  • Untuk menjalankan aplikasi gaya Metro, skrin mesti mempunyai resolusi 1024 X 768 atau lebih baik.

Muat turun secara percuma terhad sehingga 12 Mac 2012.

Sumber: Microsoft

Previous
Next Post »